Program Sepakat Komuniti Peringkat Daerah Pasir Mas
3 November 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Repek, 2 Nov 2019 - Pusat Internet Repek telah menyertai Program Sepakat Komuniti Peringkat Daerah Pasir Mas yang telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pasir Mas. Program ini telah berlangsung di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Lati, Pasir Mas. Program ini disertai oleh Pusat Internet di bawah Kluster Pasir Mas, iaitu Pusat Internet Repek, Pusat Internet Semuba, Pusat Internet Bukit Tandak, Pusat Internet Tendong dan Pusat Internet Padang To’ La.
Melalui program ini, pihak PI telah diberi peluang untuk membuat hebahan kepada pengunjung berkaitan Myfreeview. Selain itu, pihak PI juga berpeluang untuk memberi kesedaran kepada pengunjung mengenai Klik dengan Bijak. Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bersama pengunjung berkaitan KDB. Pengunjung yang menyertai aktiviti juga diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu berakhir pada jam 2.00 petang dan melibatkan 1200 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: