Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Modul 1 (Hari Kedua)
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg. Repek, 16 MAC 2019 - Seramai 25 orang peserta telah menyertai Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Modul Fotografi & Videografi usahawan yang telah diadakan di Pusat Internet Kg Semuba. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta IUD cara-cara untuk mengambil gambar dan video produk. Selain itu,melatih peserta mengiklankan produk mereka ke media sosial seperti facebook, whatsapp, Instagram dan lain lain media sosial.
Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) yang diadakan mendapat sambutan yang positif daripada usahawan yang keseluruhannya berasal dari Kelantan. Program ini dirangka secara bersiri dan dijangka akan tamat keseluruhannya pada bulan 7 (Julai) 2019. Antara akitiviti yang dijalankan ialah sesi mengambil gambar dan video seterusnya disunting menggunakan aplikasi suntingan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Selain daripada itu, peserta yang hadir turut dibekalkan dengan LightBox (Kotak Pencahayaan) bertujuan untuk mengambil gambar produk usahawan yang hadir pada hari tersebut. Keseluruhan program pada hari tersebut berakhir dengan jayanya dan peserta mengakui telah mendapat input-input yang berguna untuk digunakan bagi menarik minat pelanggan dan sekaligus meningkatkan hasil jualan secara atas talian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: