Hari Terbuka PI Repek
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Kg. Repek telah mengadakan majlis hari terbuka pada 21 April 2018 iaitu pada hari Sabtu. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim staff dan komuniti Repek dan kawasan sekeliling. Selain itu, ia juga untuk mempromosikan aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Seterusnya meningkatkan pengetahuan penduduk tentang kemudahan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Repek.
Antara golongan yang terlibat ialah komuniti Kg Repek, warga Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat dan pelajar-pelajar di sekitar PI Kg Repek. Dengan mengadakan majlis ini, komuniti didedahkan mengenai cara penggunaan internet yang selamat menerusi perkongsian Klik dengan Bijak oleh staf PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: