Kursus Penyelenggaraan Komputer Jangka Pendek
12 November 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Repek telah mengadakan kursus penyelenggaraan Komputer jangka pendek kepada golongan belia pada 11 November 2017 yang dihadiri 4 orang peserta. Program ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Tujuan kursus ini dibuat adalah untuk melatih para belia mengenal komponen yang ada didalam CPU.
Selain itu juga, memberi pendedahan kepada golongan belia tentang cara-cara membuka dan memasang semula komponen perkakasan komputer. Mereka juga boleh mengenalpasti jenis-jenis kerosakan pada komputer dan melakukan pembaikian. Dengan adanya program seperti ini, staff PI dan komuniti dapat mempromosi aktiviti PI dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: