Kursus Usahawan Bersama Pegawai Mara
09 November 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Repek – Rabu 8 November 2017, telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak dalam menjayakan Kursus usahawan bersama Pegawai Mara.Seramai 17 orang peserta telah melibatkan diri dalam kursus ini yang merupakan komuniti Felcra Bukit Tandak dan peserta dari Kg. Repek. Kursus ini diadakan bertujuan untuk menggalakan lagi komuniti setempat dalam menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan (yang sudah mempunyai perniagaan).
Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang skim pembiayaan/pinjaman modal untuk usahawan beserta syarat-syaratnya. Aktiviti ini dapat memberi banyak kebaikannya kepada peserta yang terlibat, antaranya ialah peserta diterangkan tentang bagaimana cara untuk memohon pinjaman perniagaan sebagai modal supaya proses permohonan diluluskan dengan cepat dan tiada kesilapan.
Ia juga dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada peserta mengenai keusahawanan. Antara nama pihak yang berkaitan dengan skim pembiayaan keusahawanan ialah SPiKE (Skim Pembiayaan Kontrak Expres MARA), SJUM (Skim Jaminan Usahawan MARA), SPiM (Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan, SEMAi (Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa) dan SPF (Skim Pembiayaan Factoring). Kursus yang bermula jam 2.00 petang itu berakhir pada jam 5.30 petang dan peserta memahami apa yang telah dipelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: