Kursus Intel Easy Step
10 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Repek – Sabtu 9 Disember 2017, telah mengadakan bekerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak dalam menjayakan Kursus Intel Easy Step. Kursus ini disertai oleh komuniti setempat Bukit Tandak yang berumur dalam linkungan 20 – 40 tahun. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan ICT terhadap masyarakat Komuniti.
Disamping itu juga kursus ini sekaligus melatih peserta berkenaan usahawan khususnya dari segi mempromosikan produk jualan mereka supaya lebih berkesan dan dapat membantu menampung pendapatan mereka melalui urusniaga atas talian. Menerusi kursus ini, peserta memperoleh banyak kebaikan antaranya khususnya dalam bidang usahawan di mana peserta lebih memahami apa itu usahawan atas talian dan bagaimana cara untuk menjadi seorang usahawan atas talian yang berjaya. Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 5.00 petang dan peserta memahami apa yang mereka pelajari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: