Majlis Bubur Asyura
07 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Repek – Jumaat 6 Oktober 2017, telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak dalam menjayakan Majlis Bubur Asyura yang telah berlansung di Felcra bukit Tandak, Rantau panjang Kelantan. Majlis ini disambut baik oleh komuniti setempat Felcra Bukit Tandak khususnya golongan dewasa dan golongan warga emas. Majis ini diadakan sebagai amalan turun temurun masyarakat melayu dan ianya juga bertujuan bagi menghayati bulan istimewa bagi masyarakat islam.
Selain daripada itu, majlis bubur asyura ini sekaligus dapat merapatkan lagi silaturrahim diantara komuniti dengan kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia. Majlis bubur asyura ini mendapat sambutan yang baik dan telah disertai oleh hampir 300 orang komuniti setempat Felcra Bukit Tandak. Menerusi majlis ini, komuniti dapat meraikan bulan Muharram ini dengan lebih bermakna kerana saling bekerjasama antara satu sama lain. Selain daripada itu, menerusi majlis ini, komuniti diberikan informasi secara lebih terperinci berkaitan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia sekaligus mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada orang ramai. Majlis yang bermula seawall jam 7.30 pagi itu berakhir pada jam 4.00 petang dengan hasil kerjasama komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: