Taklimat Advokasi dan KDB di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang

2 April 2017 | Aktiviti Terkini

Program Taklimat Advokasi Dan KDB ini merupakan kali yang kedua dilakukan di Sekolah Sri Kiambang dan merupakan kesinambungan daripada program yang pertama dilakukan pada tahun 2016. Program yang disertai seramai hamper 100 pelajar ini memberi kesan yang positif kepada peserta. Sepanjang program berlansung, mereka didedahkan perkara berkaitan dengan apa itu Advokasi dan KDB.

Program ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan berlansung selama 5 jam. Selain daripada input berkaitan Advokasi dan KDB, peserta juga diberi peluang untuk menggunakan netbook yang dibekalkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia bagi sesi “Education Games” yang dilakukan pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas